Demi masa,

Wednesday, September 9, 2009

Kejayaan, kegagalan.

Mudah menangisi kegagalan, alpa meraih kejayaan. Apabila ditimpa kesusahan, kekecewaan, kesedihan, Allah dicari-cari. Apabila dikurniakan kegembiraan, kehebatan, pujian, siapa yang kita cari? ...

Memang inilah lumrah manusia.. pelupa.

Sebagaimana, Tun Dr Mahathir pernah sewaktu dulu mengutarakan kenyataan, 'Melayu Mudah Lupa'.. mudah sekali kita melenting-lenting. Kenyataan ini hakikatnya bukan ditujukan hanya kepada golongan bernama 'Melayu', tetapi kepada golongan yang disebutkan sebagai 'hamba Allah'.. Hamba Allah yang acap kali lalai, lalai dan sering lalai, apa sahaja yang dilakukan, jarang sekali meletakkan Allah sebagai tujuan terakhir.

Untuk apa kita makan? untuk kenyang..
Untuk apa kita kenyang? supaya senang beribadat..
Untuk apa kita beribadat? semata-mata untuk meraih syurga Allah.

Untuk apa kita belajar? supaya dapat hidup senang..
Untuk apa hidup senang? supaya lebih khusyuk beribadat..
Untuk apa kita beribadat? semata-mata untuk meraih syurga Allah.

Dalam setiap apa yang kita kerjakan, Allah lah semata-mata tujuannya.. Setiap apa milik kita, milik Allah lah kembalinya. Sepertimana kita mengimani bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan kepada Allah lah akan mereka dikembalikan, seperti itu jugalah harus kita percaya dan yakin bahawa kejayaan, kegagalan, miskin, kaya, susah, senang, semuanya hanyalah milik Allah semata-mata. Tidak layak untuk kita mengakui dunia ini dan sebahagian apa dimiliki di dunia ini adalah milik kita.. sedangkan bukan kitalah penciptanya!

bermuhasabah dirilah..


" (Allah) pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu." Surah Al-Baqarah, ayat 117.

10 comments:

  1. Dah Balik UK? tak dapat jugak nak buat program kat sekolah. Takpe tahun depan ada lagi.

    ReplyDelete
  2. inshaAllah, jika tiada hlgn dan ada rezeki, sy bersama rkn2 lain akn merancang program ni dgn teliti.

    ReplyDelete
  3. Salam.... i thought this blog 'dead' but u make come back... maybe 2 bz 2 write anything... so, how ur studies? exam? final project? thesis?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, my 1st year result was pretty good, succeed for 2nd upper class.overall grade 60.7 for 1st year. and now im proceeding to next 2nd year. i find this 2nd year stuff rather hard though, need a struggle more this time. am praying a lot on side with an effort. and yes, im get more busy this year with assignments and classes stuff. may Allah ease me all. Thanks, cikgu and alphaville for your kind-concerns.

    ReplyDelete
  5. by the way, who are you, alphaville? can i get link to your blog site?

    ReplyDelete
  6. hmm..my blog address?..... u'll get soon.... by the way ur ex principal in SMKSM has been sued by a teacher.... better u ask pak anjang 4 the details.... gud luck....

    ReplyDelete
  7. salam..maaf menganggu..saya hafiz dari penang..cuma saya ingin bertanya,adakah saudari ini pelajar di manchester?jika saudari tak keberatan,bleh ke saudari memberi sedikit maklumat tantang bagaimana kalau saya ingin kesana dengan secara backpeker?dengan kos yang sederhana..mungkin saya boleh menumpang rumah pelajar malaysia di sana ke..mcm tula..tujuan utama saya ingin kesana adalah untuk menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan manchester united..

    sekian..

    ni email saya,afifihafiz@yahoo.com

    terima kasih atas perhatian saudari..salam....

    ReplyDelete
  8. thanks...kalau mcm tu,bila agaknya kita leh berbicara?saya mmg ada impian nak g...yang membimbangkan saya ialah kos penginapan...tolong reply kat my blog dalam tajuk manchester 2010..k?

    ReplyDelete