Cuti bermula. Perancangan bermacam-macam. Minggu pertama..berjaya. Minggu kedua...biasa2 berjaya. Minggu ketiga...mula bosan. Minggu keempat..bosan. Minggu kelima..keenam..ketujuh..minggu terakhir berlalu begitu sahaja; bosan.Biasakan berlaku pada kita. Sebelum cuti bukan main seronokkan untuk bercuti.Tapi bila dah bercuti mula kebosanan. Tak sabar pula untuk cepat-cepat habis cuti.Hmmm..kenapa ye? Perancangan tak betul ke? Atau memang tiada perancangan, "orang cuti aku bercutilah".
Beberapa perancangan yang cermat dan mampu untuk kita laksanakan boleh dilakukan sebelum atau semasa bermulanya cuti. Bergantung kepada diri sendiri, aktiviti bagaimana yang lebih diminati dan cenderung mudah untuk dilakukan... emm yang penting setiap aktiviti tersebut haruslah bermanfaat pada diri mahupun kepada orang sekeliling. Di sini antara cadangan yang boleh dimanfaatkan kepada anda yang mungkin sedang kebuntuan di kala cuti yang panjang..insyaAllah. Asyik2 tengok tv saja (hihi) mari cuba aktiviti2 ni;D
1. Membaca bahan-bahan ilmiah. Tidak semestinya bahan ilmiah tersebut berasaskan sukatan pelajaran di sekolah semata-mata. Mungkin kita boleh membaca artikel2 tambahan yang menarik yang terdapat di laman web.( Hampir setiap rumah sekarang ada internet kan..huhu) Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan am kita, di samping membantu mengasuh diri menjadi 'ulat buku'. Antara artikel dan bahan bacaan yang pada pendapat saya menarik untuk dibaca seperti ebook, komik yang comel, kisah2 nabi dan utusan malaysia. Bahan2 bacaan ini amat membantu saya dikala kebosanan. Tak kan kita nak asyik melayan facebook, friendster, my mlife atau youtube je huhu..
2.Menziarahi kawan-kawan. Seronok juga kan keluar bersama sahabat2, berkongsi perasaan dan masalah, bertukar2 pandangan atau melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama mereka. Lebih2 lagi kalau kawan kita tu sudah lama kita tidak ketemu..lagi semangat untuk kita berjumpa kan.emm.. kesempatan tersebut boleh juga digunakan untuk kita bercerita dan berkongsi dengannya artikel2 yang telah kita baca...selain menanam keyakinan diri kita sebagai penyampai. Lebih baik lagi jika kita berkenalan dengan keluarga kawan kita itu supaya terjalin ukhuwah yang lebih kuat antara dua keluarga.
3.Menolong keluarga. Kalau emak, kita boleh belajar memasak.. tolong emak kemas rumah.. melayan emak bercerita. Seronok juga sekali-sekala dengar celoteh emak kita kan^.^ Comel! Hmm..kalau ayah pula, kita boleh tolong ayah sibuk2 dalam kerja pertukangannya^.^ dan seperti emak, kita juga boleh mendengar dan bercerita2 dengan ayah kita. Besar pengalaman mereka berbanding kita. Fokusnya di sini ..supaya jalinan kekeluargaan kita itu penuh disulami kasih sayang.. dan yang paling utama dilimpahi kenikmatan berukhuwah kerana Allah.. ameen.
4.Aktiviti pengeluaran peluh.( hihihi..pengeluaran peluh) . Penting untuk kita bersenam untuk menjana otak yang cerdas dan badan yang sihat.Massa pun banyak mengiklankan di dalam tv tentang pentingnya bersukan... sedangkan Islam pun menyarankan umatnya mempunyai tubuh badan yang sihat. Jika kita hanya terduduk seharian di rumah tanpa melakukan aktiviti2 yang berat, badan kita akan mula menjadi lemah dan boleh menyebabkan pening2 kepala... sampai terasa nak pitam huhu.. Jadi bersenamlah sekurang-kurangnya sekali seminggu..
Emm..fokusnya di sini..tidak kiralah aktiviti apa yang kita rancang untuk lakukan, tetapkan niat " Aku melakukan ini kerana Allah". Secara automatiknya insyaAllah.. segala perbuatan kita itu tertetap berlandaskan syiarNya. Usah kita membuang masa. Manfaatkan masa yang ada sebaik mungkin.. insyaAllah. Masa yang paling berharga ialah apabila masa kita itu digunakan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat dan dapat dimanfaatkan untuk orang lain.. ameen.
Selamat bercuti-cuti!
bosan..... kalu mls mmg bosan... kalu rajin x da istilah bosan.... so ... what's new about ur life there.... anything interesting?
ReplyDelete