Hari ini saya telah belajar satu perkara.Perkara itu tidaklah saya sedari .. mungkin orang lain sahaja yang nampak kekurangannya namun tidak saya. Terima kasih kpd orang yang amat saya kasihi ini, yang telah memberi teguran kpd saya secara lembut, tegas dan penuh berisi. Mudah shj saya fahami isinya. Mudah shj saya menerima tegurannya.. dan mudah shj saya memperbaiki kesalahan saya.Beliau memberi tegurannya secara bersahaja.. namun penuh bermakna.Terima kasih sekali lagi..sikap beginilah yang saya fikir perlu ada dlm diri setiap individu termasuk diri saya... bila terlihat kesalahan atau kelemahan/kekurangan orang lain, haruslah diteguri mereka secara berhikmah..bukan secara kekerasan, atau tidak pula menjauhkan diri drp mereka. Jika kita berjauhan drp mereka, bagaimana mereka akan tahu apa kesalahan mereka.. ataupun sampai bila mereka akan berlarutan dgn sikap mereka yang kurang menyenangkan itu. Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan diri ini yang sentiasa lalai dan lupa..
Alhamdulillah, hari ini terisi lagi dengan satu kesedaran dan kebaikan. terima kasih ya Allah..
*happy^.^
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri."(Surah Luqman, ayat 18)
salam shaz yg kusayangi krna Allah~
ReplyDeleteAlhamdulillah hari shaz terisi lagii dgn satu kesedaran & kebaikan. sy tumpang gmbire skali.
ape yg shaz tulis dlm entry shaz yg nih, sy sndiri pernah lalui bbrpe bulan yg lalu. seorang sahabat menegur kesalahanku scra berhikmah. Actually kesalahan/kekurangan sy itu mmg sy sedar tp mcm xle nk let go fully cmtu.
tp alhamdulillah ble sahabat itu menegurku scra berhikmah, sy mudah saje menerimanye. maybe sbb sy telah melalui proses tarbiyyah & dakwah & smkn mengetahui kelemahan & kekuranganku. Allah membuka hatiku spya dpt menerima teguran itu & muhasabah diri. jadi sy berasa bersyukur sgt ble sahabatku itu mengumpul segenggam tabah tuk menegur sy yg bley kre kwn yg rapat. kdg2 mmg susah kalo nk tgor kekurangan/kesilapan org yg rapat dgn kte. tp alhamdulillah. sahabat itu berani mengur kesilapan yg sy lakukn. jadi beliau mmg berpegang & mengamalkn amar makruf, nahi mungkar. alhamdulillah.
sama2 kte muhasabah diri supaya diri kte sntiasa berada dlm redhaNya dan supaya kte juga dpt menjadi spt sahabat2 yg berani mengur kesilapan org len.insyaAllah
hmm.... bgus la kalu cam tu.... truskan ape yg diamalkan skrg...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga setiap drp kita beramal dgn jalan dan syariat Allah. Hidup tanpa panduan ibarat segenggam pasir di atas batu licin yg ditimpa hujan.
ReplyDeleteInsyaAllah, sama2 bermuhasabah diri.