Demi masa,

Monday, June 8, 2009

Misi Penjejakan Constantinople


'Gule gule' ...
Oh apekah itu gule gule? gula pasir ke? Atau gula-gula getah? Gule gule ini tiada kaitan dengan gula pasir mahupun gula-gula getah. Ia adalah salah satu bahasa Turkish yang bermaksud 'jumpa lagi'. (bolehlah selepas ni praktikkan ye:) Mahu dimulakan cerita, baru-baru ini, saya bersama 11 orang rakan se-universiti telah berjalan ke Istanbul,Turkey selama 5 hari. Oh..TURKEY! Apa ye yang terkenal di Turkey? Kalau sebut Dubai, kebanyakannya tahu ia terkenal sebagai 'impossible city'; negara yang termaju di dunia. Kalau sebut pula Manchester, memang hampir kebanyakan remaja tahu tempatnya yang paling popular, Old Trafford; di mana tempat pemain-pemain MU bermain. Emmm..tapi bila sebut pula Turkey, apa yang ada di sana ye? Apa pula sejarah Turkey?Okey, mari kita lihat sejarah negara ini. Dahulunya Istanbul salah satu bandar di Turkey dikenali sebagai Constantinople. Kedudukannya yang amat strategik menjadikannya sebuah bandar utama dunia. Pernah diungkapkan oleh Napoleon," Kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Constantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!" Pernah juga Rasulullah SAW bersabda, barangsiapa yang dapat menawan kota Constantinople. maka dia itulah sebaik-sebaik ketua, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.

Maka pada zaman Turkey Othmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fatih telah merancang strategi untuk menawan kota itu. Beliau menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Beliau mengarahkan tenteranya supaya membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Golden Horn melalui jalan darat!Tentera Othmaniyyah telah berjaya mengangkat 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Wow!! Hebatnya!Pada 29 Mei 1453M, tepat jam 1 pagi, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berjaya menawan kota tersebut. Jadi ini bermaksud, Al-Fatih lah orang yang dimaksudkan baginda SAW sebagai sebaik-baik ketua! Hebatkan! Jadi sekarang mari kita sama-sama jejak kesan-kesan peninggalan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih dan melihat pula kesannya setelah kota ini kembali ditawan golongan Kristian.

4 jam perjalanan dari Heathrow, London ke Turkey tidak selama yang disangka. Setibanya di Istanbul, Turkey, kami disambut oleh 2 orang pemandu pelancong yang terus membawa kami ke hotel penginapan yang terletak di tengah-tengah kota Istanbul yang amat sesak. Selepas check-in kami meneruskan misi kami menjejak kesan-kesan peninggalan Al-Fatih. Destinasi pertama kami ialah Aya Sofya.
Aya Sofya
Di sinilah Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat jumaat pertama. Sebelum ini Aya Sofya adalah sebuah gereja. Namun setelah Al-Fatih berjaya menawan kota ini, beliau telah menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk ditukar menjadi sebuah masjid. Namun kini Aya Sofya telah ditukar menjadi muzium. Sedihnya...

Suasana di dalam Aya Sofya ..kini telah menjadi muzium.Gambar kiri adalah gambar2 pembesar Kristian. Gambar paling kanan adalah sebuah mihrab, tempat untuk memberi khutbah jumaat.

Destinasi seterusnya kami telah melayari Bosphorus Sea menaiki bot. Pelayaran kami mengambil masa selama 6 jam. Bosphorus Sea ini dahulunya adalah laluan utama para pedagang dari serata dunia. Kalau kita tengok peta dunia, kita akan dapat lihat betapa strategiknya kedudukan Bosphorus Sea ini. Inilah juga antara faktor segenap manusia ghairah untuk menawan Constantinople. Sepanjang perjalanan kami menyusuri Bosphorus Sea, kami dapat melihat kesan-kesan tinggalan perang seperti tembok-tembok besar yang telah runtuh akibat bedilan bom, istana-istana lama yang ditinggalkan, jambatan gantung yang dibina Al-Fatih setelah berjaya menakluk Contanstantinople dan yang paling penting sekali kami dapat merasai sendiri perasaan apabila menyusuri lautan yang pernah dilalui oleh Al-Fatih!

Gambaran sepanjang perjalanan di Bosphorus Sea.

2 gambar di atas adalah Fatih Bridge, jambatan gantung yang dibina Sultan Al-Fatih. Gambar bawah adalah gambaran dari daratan Bosphorus Sea. Cuba lihat ada sebuah menara yang tinggi dalam gambar tu. Menara ini dinamakan Galata Tower. Dari puncak menara ini kita akan dapat lihat keseluruhan suasana kota Istanbul.Di kawasan bukit ini jugalah Al-Fatih bersama tenteranya mengangkat 70 kapalnya. Tapi malangnya kami tidak sempat untuk menaiki puncak menara ini kerana kesuntukan masa.

Kami juga sempat melawati beberapa buah masjid yang terkenal dan masih digunakan sebagai tempat beribadah sehingga kini (kecuali Aya Sofya). Antaranya adalah Blue Mosque (Masjid Biru. Ia dinamakan masjid biru kerana pada waktu tertentu masjid ini akan kelihatan biru!), Eyup Sultan Mosque (disini ada makam Sultan Eyup. Eyup dikenali dalam sirah nabi apabila beliau membantu Rasulullah dalam perjalanan baginda ke.... ha! kalau nak tahu kisah Eyup dengan Rasulullah, bacalah sirahnya. Sangat best tau!), Suleymaniye Mosque (masjid yang dibina oleh Suleyman, bapa Al-Fatih), Fatih Mosque ( masjid yang dibina Al-Fatih) dan Rustem Pasha Mosque. Kami juga sempat melawati makam Sultan Al-Fatih!


2 gambar di atas adalah berlatar belakangkan Blue Mosque. Gambar bawah menunjukkan suasana di dalam Blue Mosque.
Gambar atas kiri: Rustem Pasha Mosque. Gambar atas kanan: Eyup Sultan Mosque. Gambar bawah: Suleymaniye Mosque.


Makam Sultan Muhammad Al-Fatih

Tidak bermakna perjalanan kami jika tidak mengunjungi Topkapi. Di sini ditempatkan barang-barang peninggalan istana dan juga disinilah terdapatnya barang peninggalan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda! Kami teruja melihat sendiri pedang baginda SAW yang digunakan sewaktu perang, janggut baginda dan banyak lagi. Kami juga teruja melihat tongkat nabi Musa, pedang Saidina Abu Bakar, pedang Khalid Walid, pedang Saidina Ali dan banyak lagi pedang serta tinggalan para sahabat. Satu pengalaman yang sangat best!Namun kami agak sedih kerana kami dilarang untuk menangkap gambar di dalam bangunan Topkapi ini.

Gambar kiri adalah pintu masuk utama Topkapi Palace. Gambar tengah menunjukkan Marmara Sea, lautan yang berhadapan dengan Topkapi Palace. Gambar paling kiri adalah Golden Chain Rule,rantai besi raksasa!

Kemudian kami mengunjungi pula Rumelihisari. Tempat ini dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fatih sebagai kubu pertahanan kota. Kubu ini berhadapan dengan Bosphorus Sea. Kami telah memanjat kubu ini sehingga ke puncak dan ternyata kami memang gayat! Dari puncak kubu ini kami dapat melihat kapal-kapal menyusuri Bosphorus Sea dan sempat beraksi seperti pahlawan tentera Al-Fatih yang sedang menyerang musuh:)

Gambaran dari puncak Rumelihisari.

Sudah penat berjalan menjejak kehebatan Al-Fatih, kini tiba masa untuk kami mengisi perut.hihi.. Turkey terkenal dengan roti keras (tak tahu roti tu nama apa. tapi yang pasti memang ia sangat keras!), buah berangan bakar, jagung bakar dan yang paling utama kepah! Rasa kepah tu sangat sedapp! Rasanya amat berbeza dengan kepah di Malaysia. Kami masing-masing asyik menghabiskan satu demi satu kepah yang dibeli sehinggakan tidak sedar,tiada seorang pun yang mengambil gambar kepah tu sebagai kenangan.hihi..Haishh.Rasa rindu pula nak makan kepah lagi. Makanan2 ni senang untuk didapati dan harganya pun murah.


Gambar roti keras, buah berangan bakar dan pakcik yang sedang promote jagung bakarnya.

Selesai sudah misi kami menjejak peninggalan Sultan Al-Fatih. Memang berbaloi rasanya perjalanan kami di Istanbul, Turkey ini walaupun penat dan terpaksa mengharungi pelbagai masalah dan kesulitan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, kami berjaya menghadapi semua kepayahan itu berkat doa yang tidak putus2, kerjasama antara kami dan juga bantuan dari segolongan orang tempatan yang baik hati:) Setelah 5 hari misi kami di kota Constantinople kami kembali pulang ke Manchester. huu...sedihnya. (ternyata Istanbul lagi best dari Manchester.hehe)

Emm... sebenarnya banyak lagi persoalan dan kisah-kisah yang menarik disebalik usaha dan taktik2 penaklukan Al-Fatih. Antaranya, bagaimana usaha awal beliau dengan mengorek tanah menembusi kota, bagaimana Al-Fatih memilih tenteranya untuk mujahid menawan Constantinople (diceritakan Al-Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib,rawatib dan tahajud sejak baligh.bagaimana pula tenteranya?), bagaimana kisah Abu Ayub Al Ansari yang meminta untuk dikuburkan di bawah tembok Constantinople dan banyak lagi kisah yang menarik. Untuk mengikuti lanjutan kisah Al-Fatih ini, saya sertakan lampiran kisahnya di sini dan juga video animasi Al-Fatih menakluk kota Constantinople. Menarik sangat!

klik di bawah:

1 comment:

  1. seronok berjalan kat tmpt org, byk benda2 yg boleh menyedarkan kite akan asal usul kita...pengalaman yg mcm ni aku byk mengajar kita utk meneruskan hidup kite yg singkat ni.... anyway sy lebih percaya pengalaman dr teori...

    ReplyDelete