( Sedang kelaparan dan kebosanan. Menunggu petang untuk keluar makan dan bersiar-siar di bandar Manchester )
Oh! Bulan April!....... emmmm...
Adik-adik sekarang mesti sedang sibuk mencari-cari kursus pilihan, universiti terbaik untuk menempatkan diri, berkejar ke sana ke sini membuat salinan sijil-sijil, menyibukkan diri di hadapan komputer bagi mengikuti perkembangan terbaru tawaran pembelajaran di mana-mana universiti tempatan dan luar negara.Betulkan? Tidak kurang juga seperti adik saya yang sekarang ini agak runsing memilih tempat untuk melanjutkan pelajaran. Sehinggakan setiap kali saya menghubungi keluarga di rumah, soalan yang sama pasti diutarakan olehnya. Layan sahajalah.. Sudah ke adik-adik membuat pilihan universiti masing-masing? Berpuas hati? Atau tidak ambil kisah? Yang pasti.. setiap apa pilihan yang adik-adik buat itu,tidak kira pilihan hati sendiri ke atau pilihan yang terpaksa dan dipaksa-paksa.. sentiasa ingat bahawa pilihan itu sebenarnya memang telah Allah tentukan. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk adik-adik. Macam bestkan bila Allah sudah sediakan yang terbaik dan istimewa untuk diri kita.Cuma menunggu masa sahaja untuk kita mendapatnya. Jadi jangan rasakan diri terlalu rendah apabila apa yang adik-adik inginkan tidak dapat dicapai buat masa ini. Emm.. saya bercakap ini berdasarkan apa yang telah saya lalui. Dahulu memang menjadi taruhan harapan semua untuk melihat saya melanjutkan pelajaran di luar negara setelah saya tamat SPM. Namun pada waktu itu ketetapan Allah menunjukkan saya ke jalan yang lain. Saya telah memasuki Matrikulasi selama setahun dan memang Allah itu Maha Adil dan Penyayang.. doa saya telah dimakbulkan tanpa saya duga.Dan di sinilah saya sedang berdiri, di atas impian saya dahulu. Jadi, adik-adik mungkin boleh ambil sedikit iktibar daripada pengalaman saya ini. Rezeki setiap orang pasti ada. Rezeki adik-adik pun memang sudah ada.Yakinkan itu. Seperti firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 3:
"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (65:3)
Jadi,teruskan berdoa dan berusaha dalam perjuangan adik-adik^.^Tapi ingat juga bahawa usaha kita bukanlah menjadi faktor kejayaan.Namun sebenarnya kejayaan kita adalah disebabkan keberkatan usaha kita.
Sebahagian adik-adik sekalian telah pun meninggalkan zaman persekolahan. Jadi macam mana perasaan adik-adik?Sedih meninggalkan kelas yang cantik;P ??Atau gembira sebab tidak perlu lagi memakai baju uniform yang diwajibkan pakai setiap hari?Kalau saya dahulu gembira kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk menggosok uniform sekolah setiap pagi^.^ Namun terselit juga kepiluan apabila terpaksa meninggalkan cikgu-cikgu yang amat baik dan mengambil berat pada diri saya. Terlalu banyak kenangan manis di SMKSM. Sayang rasa untuk ditinggalkan. Tapi janganlah terlalu bersedih wahai adik-adikku sayang:) Melangkahlah adik-adik ke dunia baru dengan penuh bersemangat. Sangat seronok! Kadang-kadang adik tidak akan sangka apa yang telah Allah sediakan untuk adik-adik. Jadi sentiasa berdoa moga ditunjukkan jalan yang benar dan diredhai. Doa itu sangat penting. Kalau adik-adik berdoa pasti Allah akan kabulkan. Itu adalah janji Allah. Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 186:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." (2:186)
Saya pun akan sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik insyaAllah. Segunung harapan saya sampaikan untuk adik-adik untuk melihat kalian berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang bakal ditempuhi!
Wah-wah.. Macam motivator la. Boleh dipanggil untuk sesi motivasi di SMKSM kalau macam ni. BOLEH???
ReplyDeletedgn berlapang dada, insyaAllah boleh je cikgu.
ReplyDeleteseronok kadang2 nk berkongsi pengalaman2 sy y tak brp nk byk ni utk dijadikan perangsang dan dorongan kpd segolongan y ingin menerima terutamanya adik2 di sk yg mungkin masih tercari2 rentak hidup. ( mcm sy waktu sk dulu.hihi)
hmm.... bg saya x semesstinya pandai dlm pelajaran membolehkan kita berjaya dlm kehidupan... x cemerlang dlm pelajaran x semestinya gagal dlm kehidupan....
ReplyDeletesy mmg x minat pd persekolahan, sy berhenti sekolah sewaktu umur 16thn, tp pd hari ini sy telah dapat membuktikan bahwa org bodoh mcm sy ni boleh menjadi berguna kepada masyarakat...
sy ex student smksm.... anyway nice blogs....
Alphaville,
ReplyDeleteTahniah dalam hidup anda. Tetapi pelajaran itu tetap penting walau kita kaya raya. Tak guna jadi orang kaya raya tapi miskin dengan ilmu.
Terima kasih alphaville atas pndgn anda.
ReplyDeleteemm..setiap org mempunyai pndgn sendiri bile disebut ttg kejayaan. individu yg kurg berpendidikan pun masih boleh berjaya.sy setuju dgn anda alphaville.cube kita lihat bagaimana kehidupan sejarah saidina Abu Bakar.Beliau berjaya memimpin umat islam sbg seorg khalifah walaupun pendidikan beliau tidaklah sehebat saidina Ali yg terkenal sbg gedung ilmu,bukan? Namun realiti umat kehidupan kite skrg bukanlah sehebat sahabat2 terdahulu. Umat kita skrg memerlukan ilmu utk berjaya dan utk merubah diri dan msyrkt. Jika kita skrg seorg usahawan, ilmu dlm perniagaan harus ditimba utk digelar usahawan yg berjaya. Jika kita skrg seorg penyamun,ilmu dlm penyamunan harus kita timba utk menjd penyamun y berjaya^.^( seperti Abudzar, seorg penyamun y telah berjaya mengislamkan sebilangan kabilahnya).jadi mmg benar kata2 cikgu..pelajaran itu tetap penting utk kita berjaya. sbb pelajaran itu juga adalah satu ilmu bukan?Jd, jangan pernah berputus asa dalam mengejar ilmu.Allah kan sayang org yg sentiasa berusaha mencari berilmu^.^
Pak Anjang,
ReplyDeletedah slah faham dgn kenyataan sy...
cuba baca n fahami btul2....
sy x kata ilmu x penting....
tp yg x pandai dlm ilmu akademik mcm sy ni boleh menjadi 'somebody' today...