Demi masa,

Tuesday, February 24, 2009

2 Februari 2009. Manchester dihujani salji yang amat lebat! Subhanallah! Bagaikan mimpi, merasai sendiri pengalaman berada di bawah hujanan salji. Bagaikan mimpi, merasai dengan tangan kelembutan salji. Bagaikan mimpi, bertapak di atas tanah yang keseluruhannya dilitupi salji. Amat seronok! Kesoronokan yang tidak dapat digambarkan oleh penulisan. Ini adalah antara kenangan paling manis dalam seumur hidup saya.Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk saya merasai kenikmatan ini. Terima kasih Allah!

(Plat Field) Bergambar di pohon gersang yang telah dilitupi salji pada waktu petang.


Menggolek-golekkan bola salji untuk membina snowman. Inilah hasilnya!Walaupun kecil tapi ia sangat comel:) Baru saya tahu betapa penatnya untuk membina snowman. Penat! Besar ini sajalah yang saya terdaya.

Bergambar kenangan di hadapan bangunan megah University of Manchester.


Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tertarik dengan sepohon bunga yang sangat cantik ini. Ia tetap dapat hidup dengan segar walaupun ditindihi salji.Pohon-pohon lain di sekeliling semuanya telah mati. Sangat pelik. Bagaimana pohon ini dapat hidup ye? Subhanallah! Betapa berkuasanya Dia yang membenarkan apa yang mustahil. Jadi, tidak ada apa yang mustahil jika saya katakan bahawa kalian juga dapat merasai pengalaman ini seperti yang telah saya rasai. Ingat... semuanya tidak mustahil!

11 comments:

  1. Terima kasih Ina. Bila la saya nak dapat pengalaman macam tu. Tapi insyaallah tiada yang mustahil. Mana tahu cikgu pun akan belajar di UK.

    ReplyDelete
  2. (^_^)Same-same cikgu!(^_^)
    Setiap org sudah ada rezeki masing-masing.Yg paling penting adalah cara untuk kita mencapainya. Meletakkan Allah dalam setiap usaha yang kita lakukan itulah merupakan cara yang terbaik.Emm..kadang-kadang kalau kita berusaha semaksima manapun, tapi kalau tidak bergantung pengharapan padaNya, usaha kita seperti sia-sia sahaja. Saya bercakap ini berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui=)Jadi, mari adik-adik yang saya sayang semua..mulai sekarang mari kita perbaharui cara pembelajaran kita. Berusaha dan bertawakal=)

    ReplyDelete
  3. salam...kami ada menawarkan promosi hebat..let's visit www.atiqahboutique.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. jumpa kamu!!!hehehhehehee.....

    ReplyDelete
  5. adehhh waney.shaz nyorok lorr cne boley jumpe..
    huuu

    ReplyDelete
  6. Hehe.. da dpt da cikgu:))
    Alhamdulillah boleh dkatakan agk baik utk permulaan tahun di sini. Second upper class n bkn first class. hampir2 utk first class..saya bersyukur sgt2 sebab jangkaan saya lebih rendah drp ini berikutan persekitaran dan pembelajaran yang semuanya teramat baru dan memerlukan penyesuaian diri dan masa. saya yakin insyaAllah.. saya boleh buat lebih baik drp ini.pembelajaran dan masalah bahasa bukan lagi satu alasan untuk saya tidak berusaha. dan Alhamdulillah juga semester ini bermula dgn agak baik.Kuliah2 semakin menyeronokkan dan senang utk difahami walaupun subjek2nya semakin sukar:))sentiasa doakan perjuangan saya di sini! dan tahniah juga saya ucapkan kpd cikgu-cikgu dan pelajar2 SPM08 yang telah sekali lg mencatat rekod kejayaan yg cemerlang.

    ReplyDelete
  7. Horre.... Tahniah!!!! Pak Anjang tahu Shazrina.. U can do it better after this.
    p/s: 7 orang dapat Physics A1(3) and A2(4). The best result for our school. 4 orang layak mohon JPA/MARA untuk pengajian luar negara. Harap-harap mereka menjejaki kejayaan abang dan kakak senior mereka. dan yang penting mereka amat "berbahagia" dengan fizik.

    ReplyDelete
  8. Amin..amin..amin.. Pray me get better for upcoming tests.
    Physics is FUN but hard! sy di sini teramat struggle..sampai penat dan berpeluh-peluh.huhu.. kpd adik2 SMKSM yg sedang juga struggling dlm Physics for SPM.. belajarlah dgn seronok! dan tahniah skli sy ucapkn kpd adik2 yg berjaya melayakkan diri utk turut melanjutkn pengajian di luar negara.mungkin akan ada seangkatan warga SMKSM di bumi Manchester! InsyaAllah..tiada yg mustahil.

    ReplyDelete
  9. jadi cikgu.dan jika diberi kesempatan nk sgt2 sy berjumpa dgn cikgu dan sahabat2 lain.

    ReplyDelete