Demi masa,

Thursday, May 28, 2009

( Counting 4 days next for PHYS10302 exam paper)

(Situasi selepas keluar dewan peperiksaan)

Aku: " (mengeluh) Aduh.. susahnya soalan exam tadi!"

Al-Quran menjawab: JANGAN MENGELUH..

Aku: "Kenapalah ada exam paper ni. Kan best kalau tak ada ujian!"

Al-Quran menjawab: 'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

(Situasi: Selepas dapat keputusan peperiksaan)

Aku: "Ala.. sedihnya. Aku dapat 49 markah je! Kenapa aku selalu tak dapat markah tinggi macam kawan-kawan aku yang lain!"

Al-Quran menjawab: 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

Aku: "Aku sedar yang aku bukanlah hebat sangat macam kawan-kawan aku yang lain. Aku memang dah tak mampu nak buat yang lebih baik. Aku tak mampu!"

Al-Quran menjawab: 'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '
- Surah Al-Baqarah ayat 286

Aku: " Sudahlah. Aku dah tak tahan! Aku tak sanggup nak tanggung semua ni!"

Al-Quran menjawab: '.....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 87

Aku: "(sedih)Kalau aku belajar betul-betul pun bukan aku dapat markah tinggi. Baik aku tak payah belajar dah. Sama je markah yang aku dapat kalau aku belajar ke atau tak belajar."

Al-Quran menjawab: 'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

Aku: "Haishh.. macam mana lah lagi aku nak buat dengan keputusan aku ni. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi."

Al-Quran menjawab: 'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '

Aku: " Aku nak minta tolong siapa eh?"

Al-Quran menjawab: 'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Aku: "Apa yang aku dapat kalau aku belajar betul-betul pun."

Al-Quran menjawab: 'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

Aku: " Kat siapalah yang aku boleh bergantung harapan .."

Al-Quran menjawab: 'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129

4 comments:

  1. TQ kerana sentiasa saling-mengingati..Penuh dengan makna tersurat dan tersirat.

    ReplyDelete
  2. hmm.... pantas pak anjang bg komen... mesti rindu sgt kat student ni.... hehehe...

    sabo bulan 6 ni leh jumpe....

    ReplyDelete
  3. utk shaz: hmm... leh cuba lg.... jgn putus asa... just keep trying...

    ReplyDelete
  4. thanks alphaville..inshaAllah masih dlm perjuangan..(incoming paper on 5th june)betul tu jgn kenal erti putus asa.berusaha dan terus berusaha.keep up move!

    ReplyDelete