Demi masa,

Saturday, April 17, 2010

mengapa aku harus gelisah?


tidak terduga. akal fikiran menjadi serabut.. hati mulai resah .. "Oh adik-adikku sayang, sabarlah kalian.. akk juga mati akal.. sekarang kita perlu banyakkan bergantung harapan kepada Allah, semoga urusan kita menjadi lancar... ada hikmah dik.. di sebalik kesusahan ni. Allah tahu kita kuat, Allah tahu kita mampu menanggung ujian sekecil ni. sabar ye dik.. jangan pernah berburuk sangka kpd Allah.. Dia tahu mana yg terbaik utk kita dik.." keluhan mereka membuatkan aku sedih.. hati mula mempersoalkan apa hikmah Allah di sebalik kurniaan keperitan ini.. tangan mula menaip sesuatu di google chrome;
Mereka Hanya Tahu Sedikit Tentang Dunia. mata mula menatap satu persatu baris ayat, hati mula diusik-usik sayu..

"....pengetahuan mereka tentang dunia pun sangat partial, sebatas memahami sisi lahir dari kehidupan dunia yang luas ini, iaitu tentang kesenangan dan kenikmatannya sahaja, tidak tentang ujian, tanggungjawab dan persoalan-persoalan penting dunia lainnya yang membawa kepada balasan baik di akhirat kelak..."

".....orang yang beriman harus memperhatikan sisi dunia secara komprehensif sebagai bahagian dari mempersiapkan kehidupan akhirat yang lebih baik agar terhindar dari kriteria orang yang lalai..."

hati tersentap...

"...sikap lalai terhadap urusan akhirat menurut Sayyid Quthb merupakan musibah bagi manusia yang beriman. Kerana keimanan seseorang seharusnya akan membimbing dan sentiasa mengarahkan untuk juga memperhatikan dan mempersiapkan kehidupan akhirat kerana kelengahan terhadap akhirat akan menjadikan barometer sesuatu menjadi rancu..."

"....seseorang yang memahami kehidupan akhirat akan mengubah pandangannya tentang dunia dan tidak melulu untuk memuaskan nafsu dan kesenangan materi semata-mata. Tetapi, ia akan bersungguh-sungguh bekerja dan beramal untuk menyelamatkan diri di akhirat kelak..."

hati dipalit pilu..

"... dan jika seseorang telah lalai akan akhirat, pasti ia akan lebih melupakan Allah swt. Padahal Allah telah menegaskan,
" Dan janganlah kalian seperti orang yang melupakan Allah, maka mereka bererti melupakan diri sendiri. Dan itulah orang-orang yang fasik." ( Al-Hasyr":19) "

Rasulullah bersabda,

"Orang yang cerdas adalah orang yang mampu mengendalikan nafsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang memperturutkan nafsunya dan hanya berangan-angan terhadap Allah (tidak beramal)."

oh ya Allah...
hatiku menangis..

"Begitu juga, kehidupan dunia harus difahami secara utuh, terutama berhubungan dengan tugas dan tanggungjawab kemanusiaan, kerana Allah menciptakan manusia tidak sia-sia. Maka hidup di dunia ini tidak boleh disia-siakan dengan melulu mengurus kesenangan dan kenikmatannya!"

subhanallah..
gelisahku menjadi hiba..
betapa hebat perancanganMu!

......
ya Allah..
ampunilah aku kerana keluhanku..
ampunilah aku kerana kelekaanku...
ampunilah aku kerana ketidaksanggupanku menahan ujianMu...

ya Allah..
bimbinglah aku bersama sahabat2ku mendekatiMu..
eratkanlah hati-hati kami ya Allah..
tetapkanlah kami berada di landasan syariatMu..
kuatkanlah hati-hati kami..
tsabatkanlah hati-hati kami
di jalanMu...
ya Rabbi al-Amin..
sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Petunjuk..
maka
hidup suburkanlah hati kami dengan syariat dan petunjuk tentang agamaMu

perkenankanlah permintaan ini..

ameen

......

2 comments:

  1. kekuatan seorang mukmin itu adalah ketakwaan dan kesabaran. jd betul, bersabarlah.

    ReplyDelete