Demi masa,

Saturday, January 10, 2009

Bingkisan dari Manchester

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah kepada guru-guru dan adik-adik pelajar SMK Seri Mahkota. Mungkin ada di kalangan guru dan adik-adik tidak mengenali saya. Saya merupakan bekas pelajar SMK Seri Makota dalam kelas Tingkatan 5s1 pada tahun 2006. Selepas SPM saya telah melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Gambang dalam jurusan Sains Fizikal selama setahun.
Alhamdulillah, dengan keputusan akhir di Kolej Matrikulasi saya telah menerima 3 tawaran melanjutkan pengajian iaitu di UKM dalam jurusan Sains Seni Bina tajaan MBAM,UTP dalam program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan tawaran penajaan Petronas dan Bachelor of Science in Physics dengan tajaan KPM di Manchester University. Siapa yang tak nak merebut peluang sekali dalam seumur hidup ini, maka saya telah membuat pilihan untuk merantau ke negara mat salleh.
Pada 16 September 2008 iaitu semasa muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia menjalani ibadah puasa, saya dan rakan-rakan seramai 50 orang berlepas ke Manchester dan menjejakkan kali kali pertama di negara mat saleh. Di sini saya tinggal bersama keluarga angkat.
Minggu-minggu pertama mengikuti pengajian adalah cabaran yang besar kepada saya dan rakan dari Malaysia. Dalam kuliah berkapasiti besar seramai 200 orang pelajar dari serata pelusuk dunia saya rasa amat kerdil di sini. Saya bersama 3 orang lagi pelajar Malaysia perlu bersaing dengan pelajar lain yang majoriti lelaki. Dua minggu pertama saya ikuti kuliah umpama masuk teliga kiri, keluar telinga kanan. Maka kami berempat perlu memikirkan sesuatu bagi mengelak keadaan ini terus berlaku. Kami perlu segera menyesuaikan diri terutamanya bahasa English yang berslanga pekat mat saleh Britain.
Allahdulillah, hampir 5 bulan di sini meneruskan pengajian,kini saya dan rakan-rakan Malaysia yang lain dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Sekarang ni winter... Saya akan uploadkan gambar-gambar sedikit masa lagi. Final exam bermula pada 22 Januari ini. Doakan saya berjaya dan mencipta kejayaan seterusnya mengharumkan nama SMK Seri Mahkota dan Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga kepada guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya dan rakan-rakan di 5s1 2006, terutama kepada cikgu Khairul Anuar yang tidak putus-putus mengikuti perkembangan diri saya. Salam dari Manchester.

2 comments: