Demi masa,

Tuesday, February 3, 2009

Bicara akhlak

Ahlan wassahlan.. dan assalamualaikum kalian, semoga sihat dalam iman.

Buat pertama kali saya mencoret serba-sedikit dalam blog ini agak kekok diri terasa.Pengalaman manis,hambar, pahit biasanya hanya tercoret dalam kotak fikiran..tidak pernah diluahkan apatah lagi untuk dikongsi menjadi 'bualan hati' orang. Namun dilihatkan pengalaman sahabat seukhwah.. apa salahnya jika saya cuba berkongsi pengalaman yang patut dikongsi. Emm..apabila disebutkan 'pengalaman yang patut dikongsi' ..teringat saya baru-baru ini akan pengalaman menempuh malam dingin bertemankan unggun api ala-ala british stail. Agak seronok pengalaman ini bila diangan-angankan. Dingin mlm yang mencecah -6 celcius semacam menggigit-gigit tulang..membekukan darah. Pengalaman 2 hari 1 malam di South Camp, Manchester adalah antara pengalaman 'terbeku' sepanjang 5 bulan saya 'berwarganegara asing' di tanah British ini.














Sambil menyelam sambil minum air. Sambil berseronok sambil hati diisi pengisian. Sepanjang tempoh bermalam di camp tersebut, saya tersedar akan isu 'lekeh' yang semakin diperlekeh-lekehkan. AKHLAK. Kita dipotretkan melalui kawalan keseronokan diri. Pengawalan keseronokan diri mencerminkan akhlak individu. Itulah antara kata-kata 'pujangga' dari Sheikh Abu Sundus penceramah jemputan khas yg berkelahiran di Gaza, Palestine. Agak hairan saya pada mulanya, mengapa isu akhlak yang diketengahkan? Bukankah kita sudah berakhlak? Benarkah begitu?? Dalam kedinginan alam yang melampau, saya menepuk dada, bertanyakan diri..."cukup berakhlakkah aku?" dan masih belum terlewat untuk saya memperbetulkan akhlak diri kerana jawapan hati telah mengiyakan tidak. Emm.... dan mcm mana pula dgn kalian? Sudahkah bertanyakan hati sendiri? Tidak salahkan untuk mencuba?


Sememangnya akhlak Rasulullah ialah akhlak yg paling sempurna. Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4 ). Ditemani malam yang dingin sambil badan diselubungi sleeping bed, hati saya terlintas, berfikir.. 'mana boleh nak ikut seperti akhlak Muhammad. Aku tak mampu!'. TIDAK TIDAK TIDAK. Sebenarnya saya juga boleh buat dan begitu juga kalian. Jika tidak keseluruhan.. 1/3 daripada akhlak beliau insyaAllah kita mampu buat. Just follow up what he did..as the best muslim then as you can be. PERCAYA PADA DIRI SENDIRI.


Pagi 1 Februari 2009, disambut dengan hujanan baldu-baldu putih dari langit yang mendung. Salji turun tanpa diduga. Subhanallah! Pertama kali tangan ini menadah butiran-butiran salji dari langit. Sangat seronok! Hati teruja , melompat keriangan. Betapa berkuasanya Dia yang telah menjadikan langit dan bumi. Tidak mampu kulupakan pengalaman manis ini seumur hidupku.

Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah'. dan ditanganNyalah segala kekuasaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

al Anaam: 73

4 comments:

  1. betul2..tahniah,blog yg banyak input.teruskan..

    ReplyDelete
  2. p/s : comment on 4feb09 is not by owner.a bit mistakes resend by my friend used my nickname;)

    ReplyDelete
  3. Nice to know more about u from Manchester. Please!!!
    p/s: How about ur exam last month? Got the result yet? We all wish u luck.

    ReplyDelete
  4. Thank you, 'cikgu khairul'(Am I right?)
    Sure.i will try continuously update my latest.
    oh! my exam was quite well Alhamdulillah..(exceptional for Quantum.)
    and my result comes out 2 weeks more.
    (insyaAllah, may He give us a good result.)

    ReplyDelete