Demi masa,

Tuesday, August 24, 2010

manusia itu
suka pada pujian..
suka pada perhatian..
pujian dan perhatian menjadikannya
lebih kuat berusaha..
lebih banyak bekerja..
lebih ghairah beramal.

tapi bila..

dia tidak diberi perhatian..
tiada lagi pujian..
diri dia menjadi lemah..
amalannya menjadi kurang
dan
semakin lama..
dia menjadi semakin malas
malas berusaha..
malas bekerja..
malah malas beramal!

astaghfirullah al-azim..

sejauh manakah keikhlasan kita?

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan 1431H..

Rasulullah saw apabila datangnya bulan ramadhan, baginda bersungguh-sungguh merebut peluang untuk melakukan ibadah sambil beriktikaf di masjid.. Siangnya untuk umat, malamnya untuk Allah. Sehingga diriwayatkan Ibn Abbas r.a berkata: ''Rasulullah adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadhan.'' Hadis riwayat al-Bukhari.

Bagaimana pula dengan kita?

Thursday, July 22, 2010

"Congratulation! You are qualifying to progress to 3rd year"

Alhamdulillah!
wa astaghfirullah..

Allah da pesan kan, setiap kegembiraan yg dtg kpd kita harus disusuli keinsafan, ketundukan hati kita kpd pemberi kebahagiaan Yang Maha Agung, yakni Allah a'za wajala.(Al-Fath:3) tenkiu Allah!

kita kena selalu ingat-mengingatkan bahawa setiap kejayaan tu dtg drp Allah. usaha kita itu cuma salah satu alat utk kita berjaya. klu tiada usaha, tiadalah kejayaan tu. org selalu kate kan, kejayaan itu tidak dtg bergolek. so kena berusaha dulu. selebihnya tawakal kt Allah. biar Allah tentukan layakkah kita terima kejayaan tu dgn usaha yg kita berikan.

ibarat klu nak kenyang mesti makan. mana ada org kenyang dgn tgk je mknn tu kan. so mesti makan utk kenyang. jd kt sini, kita fhm bahawa kenyang tu as a matlamat kita, dan makan sbg alat utk mencapai matlamat kenyang.jadi sgt pentinglah sbnrnye utk kita mempunyai matlamat yg jelas dlm hidup kita kan.

so skrg giliran sy utk tye, apa matlamat hidup korg? fikir2 dulu....



...



...



...




ok cukup.
huhu...


emm korg nak tahu sesuatu yg best x?

sbnrnye kita x payah susah2 pun nak merancangkan matlamat hidup kita sdri. sbb dah diberitahu pun dgn jelas matlamat hidup kita yg sebenarnya. ibaratnya skrg spt makanan tu dah terhidang, cuma tunggu kita je utk makan atau tak.

kalau kita bukak surah al-Baqarah, ayat 30 yg intipatinya menceritakan tujuan manusia diciptakan di atas muka bumi semata-mata adalah utk beribadat kpdNya. dan klu kita bukak surah az-Zumar, surah ke 51 ayat 56; Allah cite pula tugas manusia kt bumi ni as a khalifah. jd nampakkan matlamat hidup kita kat muka bumi ni sbnrnye utk mencapai dua tujuan ni. ibadah dan khalifah.

inilah matlamat hidup kita sepatutnya. inilah makanan sbnr kita. tujuan Allah ciptakan kita kt bumi ni sbb dua tugas ni la.

so cemane kita nk buat dua tugas ni?

ibadah ni spt makanan ruji kita.setiap hari kita buat. solat, puasa, zakat inshaAllah kita sedang usaha penuhkan. segala perbuatan baik yg diniatkan krn Allah adalah ibadah juge kan. so bljr kita, kerja kita, kata2 kita dll klu kerana Allah itu juga satu ibadah.

but what about this one? khalifah? klu bljr pendidikan agama islam kt sekolah dulu, seingat sy khalifah ni maksudnya orang yang memimpin dunia. betul ke? so kite kene pimpin dunia ke? mcm berat je tggjwb ni kan. huhu. nk pimpin keluarga sdri pon kdg2 x larat, inikan pula nak pimpin dunia.

jadi, apa yg Allah nak cuba sampaikan kpd kita ttg tugas khalifah ni sbnrnye?


bersambung..

Tuesday, May 25, 2010

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Monday, May 17, 2010

Some might say this world today shows
God’s left us to our mistakes oh
He has never been so far away
Some might say
How could any father stand
To see his children across so many lands
Suffer so and give no helping hand
No helping hand


And somewhere tonight
Far away and out of sight
There’s a child that’s too weak to cry
Look deep in those eyes
Can’t you see him in disguise?
Reaching out to the heart that’s in you and I

In every tear
That is where
He is there

He’s the hand that wipes that brow
He’s the tear that trickles down
Upon the face that cries without a sound
‘We need you now’
What a simple choice to make
Between what you give and what you take
When what you give
Such precious life precious life would save
Life would save

And somewhere inside
There’s a part of you asks why
Would he leave so many so far behind
Look deep in those eyes
Can’t you see him in disguise
Reaching out to the heart that’s in you and I

In every tear
That is where
He is there

Look again don’t hide your eyes
He is there in disguise
Reaching out to you and I
He is there in every tear
Not far away he’s right here
Oh how could he be more near


Artist: Sami Yusuf
Album: Without You
Year: 2009
Melody: Sami Yusuf
Lyrics: Conner Reeves
Copyright: Awakening Worldwide Limited

Friday, May 14, 2010

My Best Murabbi, ever!


Buat insan-insan yg akan selamanya dikenang...

1. Cikgu Mohd Khairul Anuar bin Md Mustafa - Physics
2. Cikgu Zainab binti Ayub - Chemistry
3. Cikgu Rusdi bin Abd Razak - Add Math
4. Cikgu Mohd Suhaidi bin Mohd Nordin - Sains Komputer
5. Ustazah Hasnah binti Zainal - P. Agama Islam
6. Cikgu Chandran - EST
7. Cikgu Sharili bte Mohamed - Bahasa Melayu
8. Cikgu Rosadah binti Rashid - Sejarah
9. Cikgu English
10. Cikgu Mathematic
11. Cikgu Pendidikan Seni

.. juga semua guru2 sekolah saya di SMK Seri Mahkota, SMK Alor Akar dan SMKA Pahang, Muadzam Shah..
Kolej Matrikulasi Pahang.. Pn Rozlita, En Khairul, Miss Lee..
University of Manchester... Dr David Binks, Prof Stephen Watts, Dr Giampolo Pisano, Dr Yang Xian, Prof Roger Barlow, Prof Ian Browne, Prof Brian Cox, Dr Peter, Dr Gary, Prof Jeffrey Forshaw, Prof Gary Fuller, Prof Sean Freeman, Dr Malcolm Gray, Prof Ian Morison, Dr Grigory Vekstein, Prof Niels Walet...

dan..



sy masih belum pendidik sepenuhnya.. tapi sy bakal menjadi pendidik! inshaAllah.

trust me.. i am almost a teacher!

.....

dan terima kasih KHAS utk ..
Cikgu Mohd Khairul Anuar,

tidak pernah putus-putus bertanya khabar, perkembangan anak2 didiknya.. walau kami sudah melangkah keluar dari zaman persekolahan. Cgu Khairul mmg seorang pendidik yg terbaik yg pernah sy jumpa.. tugas beliau di sekolah bukan hanya utk mengajar, atau melampias tugas sebagai guru yg menyimpang masuk keluar kelas semata-mata.. malah beliau dgn penuh pengharapan,kesabaran, doa dan tawakal yg tinggi mendidik kami menjadi individu.. yang mana individu itu diharapkan akan sedar tanggungjawab terhadap dirinya, faham keperluan, tujuan hidupnya di dunia dan juga diharapkan mampu bermanfaat kpd golongan manusia di sekeliling.. sungguh murni amal itu cikgu! :)

Selama memori ini masih segar.. saya ingat lagi bagaimana cikgu dgn kesungguhannya, memegang rotan.. mengejar seorang pelajar lelaki, naik turun hela nafas.. pusing keliling koridor, mengharapkan pelajar itu hadir ke kelasnya:) Setiap kali juga saya ada masalah dlm pelajaran, masanya akan diluangkan, laparnya diketepikan, penatnya disembunyikan.. dgn tersenyum sabar cikgu menerangkan "Mcm ni Shazrina, soalan ni..." dan biar berpuluh kali saya menarik muka, biar berpuluh kali saya kata " x faham la cikgu..".. tiap kali itulah cikgu terus mengulang dan mengulang sehingga saya jelas tanpa berkerut. tiap kali juga bila saya mengeluh " Ala cikgu, physics ni susah la.. soklan die pelik, ntah ape2..nak jawab mcm mne.." cikgu selalu membalas dgn senyuman, berhikmah dgn berkata, "Jangan risau, awak boleh buat punye Shazrina" .. memang satu kata-kata semangat yg bersemangat. masih ingat juga lagi di sekolah, semasa sy kepeningan, kebuntuan membuat pilihan utk kursus pengajian, physics atau architecture. berat hati utk ke bidang architect sbb itu adalah cita-cita saya. kata2 hikmah cikgu pula memberatkan sy utk mendalami physics, sesuai dgn jiwa saya kata beliau. huhu.. masin juga cakap cikgu, memang sy skrg mendalami physics:D dan boleh juga kalau saya berkata skrg, " I hardly deeply love Physics!" igt lagi kata-kata cikgu, bila saya mengeluh bosan menghadap physics hari-hari, cikgu menasihati dgn, "Cuba cari cara nak mengelak kebosanan tu. contohnya kita kaitkan sesuatu perkara dalam fizik dengan Al-Quran. Memang seronok kalau kita mampu mengaitkannya.." terima kasih sekali lagi cikgu.. kata-kata cikgu selalu berkesan pada hati kami..



p/s: maaf cikgu, sy ciluk gamba ni dr fb cikgu:P

.....

Cikgu...

maafkan saya kalau saya selalu
buat nakal..
lambat hantar kerja sekolah,
masuk perhimpunan lambat,
tak pakai stokin putih,
masuk kelas ikut pintu belakang,
tidur dalam kelas,
makan sembunyi2 dlm kelas,
balik awal,
ponteng kelas petang,
tak datang kokurikulum..

maafkan saya cikgu..

....

sekali lagi ingin sy ucapkan, Selamat Hari Guru!



Tuesday, April 27, 2010

20 May- 9 Jun 2010

"Bismillahi tawakaltu 'ala Allah...."