Demi masa,

Friday, May 14, 2010

My Best Murabbi, ever!


Buat insan-insan yg akan selamanya dikenang...

1. Cikgu Mohd Khairul Anuar bin Md Mustafa - Physics
2. Cikgu Zainab binti Ayub - Chemistry
3. Cikgu Rusdi bin Abd Razak - Add Math
4. Cikgu Mohd Suhaidi bin Mohd Nordin - Sains Komputer
5. Ustazah Hasnah binti Zainal - P. Agama Islam
6. Cikgu Chandran - EST
7. Cikgu Sharili bte Mohamed - Bahasa Melayu
8. Cikgu Rosadah binti Rashid - Sejarah
9. Cikgu English
10. Cikgu Mathematic
11. Cikgu Pendidikan Seni

.. juga semua guru2 sekolah saya di SMK Seri Mahkota, SMK Alor Akar dan SMKA Pahang, Muadzam Shah..
Kolej Matrikulasi Pahang.. Pn Rozlita, En Khairul, Miss Lee..
University of Manchester... Dr David Binks, Prof Stephen Watts, Dr Giampolo Pisano, Dr Yang Xian, Prof Roger Barlow, Prof Ian Browne, Prof Brian Cox, Dr Peter, Dr Gary, Prof Jeffrey Forshaw, Prof Gary Fuller, Prof Sean Freeman, Dr Malcolm Gray, Prof Ian Morison, Dr Grigory Vekstein, Prof Niels Walet...

dan..



sy masih belum pendidik sepenuhnya.. tapi sy bakal menjadi pendidik! inshaAllah.

trust me.. i am almost a teacher!

.....

dan terima kasih KHAS utk ..
Cikgu Mohd Khairul Anuar,

tidak pernah putus-putus bertanya khabar, perkembangan anak2 didiknya.. walau kami sudah melangkah keluar dari zaman persekolahan. Cgu Khairul mmg seorang pendidik yg terbaik yg pernah sy jumpa.. tugas beliau di sekolah bukan hanya utk mengajar, atau melampias tugas sebagai guru yg menyimpang masuk keluar kelas semata-mata.. malah beliau dgn penuh pengharapan,kesabaran, doa dan tawakal yg tinggi mendidik kami menjadi individu.. yang mana individu itu diharapkan akan sedar tanggungjawab terhadap dirinya, faham keperluan, tujuan hidupnya di dunia dan juga diharapkan mampu bermanfaat kpd golongan manusia di sekeliling.. sungguh murni amal itu cikgu! :)

Selama memori ini masih segar.. saya ingat lagi bagaimana cikgu dgn kesungguhannya, memegang rotan.. mengejar seorang pelajar lelaki, naik turun hela nafas.. pusing keliling koridor, mengharapkan pelajar itu hadir ke kelasnya:) Setiap kali juga saya ada masalah dlm pelajaran, masanya akan diluangkan, laparnya diketepikan, penatnya disembunyikan.. dgn tersenyum sabar cikgu menerangkan "Mcm ni Shazrina, soalan ni..." dan biar berpuluh kali saya menarik muka, biar berpuluh kali saya kata " x faham la cikgu..".. tiap kali itulah cikgu terus mengulang dan mengulang sehingga saya jelas tanpa berkerut. tiap kali juga bila saya mengeluh " Ala cikgu, physics ni susah la.. soklan die pelik, ntah ape2..nak jawab mcm mne.." cikgu selalu membalas dgn senyuman, berhikmah dgn berkata, "Jangan risau, awak boleh buat punye Shazrina" .. memang satu kata-kata semangat yg bersemangat. masih ingat juga lagi di sekolah, semasa sy kepeningan, kebuntuan membuat pilihan utk kursus pengajian, physics atau architecture. berat hati utk ke bidang architect sbb itu adalah cita-cita saya. kata2 hikmah cikgu pula memberatkan sy utk mendalami physics, sesuai dgn jiwa saya kata beliau. huhu.. masin juga cakap cikgu, memang sy skrg mendalami physics:D dan boleh juga kalau saya berkata skrg, " I hardly deeply love Physics!" igt lagi kata-kata cikgu, bila saya mengeluh bosan menghadap physics hari-hari, cikgu menasihati dgn, "Cuba cari cara nak mengelak kebosanan tu. contohnya kita kaitkan sesuatu perkara dalam fizik dengan Al-Quran. Memang seronok kalau kita mampu mengaitkannya.." terima kasih sekali lagi cikgu.. kata-kata cikgu selalu berkesan pada hati kami..



p/s: maaf cikgu, sy ciluk gamba ni dr fb cikgu:P

.....

Cikgu...

maafkan saya kalau saya selalu
buat nakal..
lambat hantar kerja sekolah,
masuk perhimpunan lambat,
tak pakai stokin putih,
masuk kelas ikut pintu belakang,
tidur dalam kelas,
makan sembunyi2 dlm kelas,
balik awal,
ponteng kelas petang,
tak datang kokurikulum..

maafkan saya cikgu..

....

sekali lagi ingin sy ucapkan, Selamat Hari Guru!



5 comments:

  1. hmm.... byk sekolah rupanya... sekolah d SMKA pahang bla.... hmm i think u know somebody there...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, PakAnjang dah lama tak singgah blog Shaz. Terlalu terkesan dengan apa yang Shaz tulis dlm n3 ni. PakAnjang akan teruskan apa yang selalu PakAnjang buat dulu, kini dan selamanya. Mendidik bukan semata-mata untuk lulus exam, tapi cuba membentuk kualiti insan. Alhamdulillah, Shaz salah seorangnya. Nak memberi ilmu agama, PakAnjang bukan tok guru. Apa yang PakAnjang harapkan ilmu fizik mampu mendekatkan diri seseorang padaNya.

    ReplyDelete
  3. alphaville;kejap sgt sk sane. x sempat nk kenal ramai org..

    ReplyDelete
  4. cikgu:) teruskan usaha cikgu menjadi pendidik bangsa. sy pon nk ikut jejak langkah cikgu. inshaAllah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  5. Tahniahlah Cgu Khairul. Itu sahajalah yang seorang guru boleh persembahkan kepada masyarakat. Nak bg duit mahupun harta, kita tak ada. Kalau ada murid mengingati kita, hatta ke hujung usia kita, itulah 'hadiah' berharga utu kita. Jika tiada yang menghargai... kita teruskanlah juga kerja kita

    ReplyDelete